Skip to main content

Objektif Kualiti

  1. Memastikan sekurang-kurangnya 90% urusan pentadbiran, kewangan dan sumber manusia mematuhi dasar, peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
  2. Memastikan sekurang-kurangnya 85% dokumen yang diterima dan perlu diambil tindakan direkodkan, diproses dan diberikan maklumbalas atau dimajukan untuk tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh dokumen diterima.
  3. Memastikan secara purata sekurang-kurangnya 85% perancangan strategik hala tuju akademik UTHM dicapai setiap tahun bagi menjamin kualiti program akademik dan pengantarabangsaan sejajar dengan dasar Pendidikan Tinggi Negara.
  4. Memastikan secara purata sekurang-kurangnya 80% perancangan strategik hala tuju penyelidikan , inovasi, pengkomersialan, penerbitan, hubungan universiti dan industri dapat dicapai setiap tahun.
  5. Memastikan secara purata sekurang-kurangnya 80% pelaksanaan perancangan strategik hala tuju kebolehpasaran graduan (GE) dicapai setiap tahun dengan menekankan aspek keusahawanan, kesejahteraan dan kebajikan pelajar secara holistik.
  6. Memastikan sekurang-kurangnya 70% pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif bersidang mengikut sasaran kekerapan tahunan.