Skip to main content

Profesor Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad

   Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) 

rabiah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat melayari laman web Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merupakan nadi utama UTHM yang menggerakkan aktiviti penyelidikan, inovasi, penerbitan serta hubungan industri di universiti ini. Dalam memastikan kelangsungan dan kecemerlangan agenda tersebut, adalah penting untuk pusat tanggungjawab ini mempunyai laman web sendiri yang mampu berhubung dengan warga universiti, penyelidik, industri dan masyarakat.

Saya amat menggalakkan keterlibatan warga universiti termasuk penyelidik dan pelajar untuk terus bersama-sama membulatkan tekad dan bersatu hati dalam menghasilkan produk yang mampu memberikan pelbagai kebaikan kepada seluruh warga universiti khususnya dan masyarakat amnya. Semoga segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran keberkatan serta memberi manfaat yang berterusan kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

Profesor Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad
Timbalan Naib Canselor 
(Penyelidikan dan Inovasi)