Skip to main content

Prof. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali

      Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kualiti)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 Selamat datang diucapkan kepada pengunjung laman Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kualiti) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diwujudkan sebagai salah satu platform untuk berkongsi maklumat dan dan fungsi mengenai pejabat ini.

Pejabat ini berperanan sebagai tunjang universiti dalam memastikan hasrat dan sasaran untuk mencapai GTU2030 selari dengan tindakan yang akan dilaksanakan setiap tahun. Untuk itu, pejabat kami perlu menyediakan Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) secara tahunan dan Pelan Strategik Universiti setiap lima(5) tahun bagi memastikan setiap langkah yang diambil tidak tergelincir dari landasan GTU2030.

Akhir kalam, marilah kita mengeratkan kebersamaan dan fokus ke arah GTU2030 bersama-sama. ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Sekian, terima kasih.

 

Profesor Dr. Mas Fawzi Mohd Ali
Penolong Naib Canselor
(Strategik & Kualiti)