Skip to main content

Profesor. Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Mohd Zin

     Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

shahruddin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman Pejabat TNC (Akademik & Antarabangsa) UTHM yang bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan peranan dan fungsi utama yang dilaksanakan oleh Akademik & Antarabangsa demi memastikan kecemerlangan universiti.

Akademik adalah tunjang utama sesebuah universiti, manakala pengantarabangsaan adalah satu agenda yang sangat mencabar terutama bagi sebuah institusi bertaraf universiti. Sesuai dengan peranan tersebut, UTHM harus memastikan program akademik yang dilaksanakan sentiasa mengikuti keperluan industri dan mendapat pengiktirafan untuk melahirkan graduan yang bersifat holistik, berdaya saing, berfikiran baharu dan bijak meneroka peluang.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan menyelia semua urusan berkaitan akademik. Tanggungjawabnya meliputi aspek berikut:

  1. Pembangunan program akademik baru
  2. Peningkatan kurikulum
  3. Pengiktirafan program akademik
  4. Jaminan kualiti akademik
  5. Pengawasan pembangunan infrastruktur akademik
  6. Pengantarabangsaan
  7. Pengambilan pelajar
  8. Prosedur akademik
  9. Perancangan program latihan staf akademik

Oleh yang demikian, dengan adanya laman ini maka semua pihak dapat memahami peranan sebenar yang dimainkan oleh pejabat ini. Justeru itu, saya mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang membina bagi sebarang usaha penambahbaikkan terhadap laman ini.

Profesor. Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Mohd Zin
Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa)