Prof. Ir. Dr. Md Saidin bin Wahab
Penolong Naib Canselor (Digital & Infrastruktur)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman Pejabat Penolong Naib
Canselor (Digital dan Infrastruktur) UTHM yang bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan peranan dan fungsi utama yang dilaksanakan dalam memacu kecemerlangan universiti dengan mewujudkan ekosistem digital yang disokong oleh pembangunan fizikal universiti.
Pendigitalan institusi adalah untuk memastikan kecemerlangan pentadbiran dan pengajaran akademik
dapat dilaksana secara berkesan serta mencapai matlamat UTHM iaitu TVET Digital 2025 serta GTU 2030. Sesuai dengan hasrat tersebut, UTHM juga harus memastikan Pelan Pembangunan Fizikal UTHM adalah
seiring dengan visi dan misi UTHM dalam mengapai kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada
rakyat khususnya kepada pelajar dan masyarakat setempat. Pejabat Penolong Naib Canselor (Digital dan
Infrastruktur) bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan menyelia semua urusan berkaitan
Pendigitalan dan Pembangunan Fizikal UTHM.
Oleh yang demikian, dengan adanya laman ini maka semua pihak dapat memahami peranan sebenar
yang dimainkan oleh pejabat ini. Justeru itu, saya mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang
membina bagi sebarang usaha penambahbaikkan terhadap laman ini.
Sekian, terima kasih.
Prof. Ir. Dr. Md Saidin bin Wahab
Penolong Naib Canselor